Several reasons why I can’t married early..
Ha3 zaman
sekarang kira ramai juga yang berlumba – lumba untuk berkahwin awal..Bagi aku
bagus la sebab elak zina.Kan zaman sekarang pergaulan yang bebas membawa kepada
zina pastu buang anak. Macam yang kita selalu baca dan dengar di akhbar –
akhbar dan juga berita. Namun, yela kawen awal pastu muda mentah masih tak tahu
asam garam hidup di dunia ni tetiba kena jaga laki, kena jaga bini.Tu yang
sebab kahwin awal, janda/duda awal. Tapi tu kira dah macam jodoh dia la juga.
Aku tak de la cakap semua orang yang kahwin muda akan bercerai. Tapi mostly
memang macam tu. After kahwin baru sedar yang pasangan kita sebenarnya tak
sesuai. Last – last jalan penyelesaian adalah penceraian. Kalau cerai tak de
anak bagus lah tapi kalau dah beranak pinak memang sakit la..
Eh aku ni
melalut aje okay..padahal sebenarnya aku nak cerita la kenapa la aku ni bukan
jenis yang patut berkahwin awal walaupun aku dah ambil kursus pra perkahwinan 5
tahun yang lalu…Ha rse macam baru semalam je aku g kursus tersebut.Toing!!!
Oh nak tahu
kenapa aku tetiba emo cerita pasal ni? Hurm sebab kecoh pasal budak perempuan
yang kahwin dengan laki korea tu. Apalah sangat wei. Budak tu pandai kot. Kalau
aku pandai pun mestilah orang korea pun pandang aku.Aku ni hanyalah pelajar
siswazah kos plak ntah pape kan?? Actually dorg dah kawen setahun yang lepas
pn..Ha after raya kot dorg kawen. Skang dorg kt korea budak perempuan tu tengah
exchange student kt Sungdae wei!!Tempat yang aku nk further study sosiologi!!Pastu
kawan2 pun stok kawen dengan orang foreigner kan..Memang tak boleh blah… Siot
wei!! Ha pedulikan dia, ni sekarang nak cerita pasal aku la.Pasal apa? Pasal
kenapa aku tak boleh berkahwin in this exact age..
Umur aku dh nak
masuk 26 okay tahun ni but still aku masih student, no working experience pastu
result exam semua hampeh – hampeh je..nasib la master ni aku cam jadi pandai
sikit..Sikit jela.
Bagi aku antara
sebab utama aku tak boleh kawen sekarang (walaupun dah layak bebenor ) adalah
kerana makan pakai pun mak bapak tanggung. Ha kos sara hidup aku dari sekolah
asrama dulu smpai master ni pun aku masih guna duit mak ayah aku. Nak kena
bayar balik tu separuh dari hidup aku. Kalau aku kahwin nanti dahlah pakai duit
dorg sebab aku tak kerja lagi (okay ngarut) pastu aku kena bayar balik hutang –
hutang aku semua. Barulah boleh hidup dengan lega..Lega ke?
Pastu aku ni
jenis yang sensitive..kan pastu hari – hari nak kol mak..Mampu aku nak kahwin
and tinggal jejauh (korea esp)..Tak dapat aku bayangkan budak tu kawen umur
21/22 tahun..menangis aku wei sebab time tu ak still tengah belajar degree
lagi..Okay sila pitam..
And still aku
malas nk memasak untuk orang lain sebab bak kata adik aku kalau aku memasak
mesti pening kepala..Memang pun.Rasa macam nak muntah semua..
Memandangkan aku
tak ada abang dalam kehidupan aku ni sebab adik beradik aku semua perempuan
maka aku memang awkward giler dengan lelaki except ayah aku la..pastu aku
memang suka macam layan budak laki ala – ala mak tiri gitu. Kasar je. Yela
sebab memang tak biasa. Takkan la aku nak menggedik dengan dorang plak. Tak
tahu la aku mcm mana aku nk layan dorg..
Tapi yang paling
tak boleh blah alas an aku adalah…aku mana ad bf semua. Aku tak pandai ambik
hati lelaki ni.Lantak hang la. Aku tak faham perasaan dorg. Yela kalau dah tak
ad jodoh aku tak kahwin nk buat camner..Aku jaga la mak ayah aku sampai aku
tua..well2…kan..hidup2…
p/s: it’s
life.just bear with it…meow..ha sepupu ak y umo 21 pn dh nk kawen Sep ni.Untunglah kawen kawan sekolah..Aku?
Comments