Pages

Friday, November 26, 2010

Berjalan lagi..

Hari beli sweater..
    Semalam g lagi BP Mall, sbb mse ayh beli laptop org tu bg ayah duit rm650..Ntah la so kteorg terpaksa pegipulangkan.Ritu masa beli laptop, aku dgn Nor ad beli sweater Black Ant kaler ungu Rm50..Nice la tebal.kalu duk Korea xbeku la kot.

         Pastu singgah Pappa Roti and Piza Hut..Nak survey Oh! My Lady pny price tp RM99.90..Ha mampu?

Mari makan piza

Yeah!!
Dah la sesaqt..Padahal sebaris dgn PizaHut kot..Okay..da

Monday, November 22, 2010

Akulah Geum JanDi yang sebenarnya..

         Lawak gler kan title di atas.Mode Digital Bounce Se7en feat TOP BigBang.Dah dengar? Best la lagu ni..
                        Berbalik kepada title di atas...Xpercaya ke?Aku memang la Jandi yang sebenarnya..Okay ak nk tanyer cmner Jandi terlibat dgn JunPyo? ....................Okay lmbt ..Sbb die nk tolong kawan die..Aku pun sme..Ha3
                  Tapi kawan ni bukannya mcm kawan dlm cte BOF tu.Kawan ni setia (ha3)..Okay..


Beza aku dengan Jandi..

1. Jandi kena kacau dgn anak orang kaya, aku dgn budak sekolah aku..Ha3 ramai lak tu musuh ak dan pastinya bukan anak orang kaya.(kalau x pasti aku dah kaya)..Ha3
2. Aku bukan budak sukan renang, aku budak sukan Bola Keranjang, Hoki, Ping - Pong dan kawad...beza kan?
3. Aku kne ludah la (yucks..pernah2 bengang giler kot!!) Jandi kne bese - bese je..ha3
4. Ayah Jandi keje dobi, ayah aku ad keje lain.ha3 xsame lgsg.
5.Dalam cte BOF org yg buli die, Junpyo minat die, aku xla..Dah la rmai musuh jer..
6. Jandi kne bayar kot berlakon, aku free je.
Okay tu je yg ak ingat..ha4

Persamaan aku dan Jandi (ad ke?)
1. Sbb tolong kawan kami jadi begini..ha3
2. Aku pernah gak la hilang meja.Nak cari bapak la sukarnyer..Faham
3. Walaupun sek aku x berprestij tp ttp sekolah yang mahal..Ala sama la tu..Sek orang kaya gak..




Ni aje yg ak boleh ingat..Walaupun begitu, time sekolah memang best!!
                      Dapat sekolah balik aku nk belajar rajin - rajin (angan - angan sungguh..)

Thursday, November 18, 2010

Bengang nyer aku!!

            Korang selalu xbengang? Biasanya bengang ni macam bila ke menyampah dengan orang yang bangang.Maksudnyer?Lu pikirlah sendiri.Hahaha maksudnyer ada orang bangang yang sebabkan ko benci dgn die.Ala kre mcm tu lah.Aku kisah ke? Mestilah aku kesah, kalau tidak makanya takdelah hasil coretan aku ni..Kenapa?
           Well Selamat Hari Raya Haji saya ucapkan kepada  semua.Maka hari ini keluarga PakLong saya akan dtg tdo sini.Okay2 serious semua anak2 die dtg..Aku xkesah dtglah..Tp hari ni kena kemas2 semua dan macam - macam la.Korang harus faham bila kemas2 ni, anak cik Mansor amatlah malas (aku xtermasuk, aku rajin woo)..Ceh penipu haram ko Aida..Eh Aidan..Okay back tu the topik, my mom and my dad is kt Tangkak.Ada prosiding mahkamah untuk kes saman kot.My mom teman my dad la .(pelah buat time hari raya haji ke2 bongok sungguh)..
         So yang tinggal hanyalah aku nor and my angah.Okay2 fine my adik dh g sekolah..So tinggallah kami berdua.Tengah - tengah nk sarapan milo dgn kek (mak yah bagi masa raya 1st) tbe2..."Dah2 la tu mkn.Mak pesan jgn habiskan.Dh tinggal suku ko mkn!" (dgn nada marahnyer)
     "Ko ingat aku sorang je ke yg makan? Aku baru mkn sikit kot!" aku balas balik.Yela xadil aku je kne marah sorg.
       "Yela ak marah no skali!"
(BODOH gler adik ak mne ad kt sekolah la)
      "Mak pesan tinggalkan sikit!Jgn jadi anak derhaka (mcm pernah dgr je ayt tu). Nanti jadi mcm batu belah batu bertangkup..!"

               Pi mampus la dgn ko angah ku.kesah plak ak.Mcm la ak sorg jer yg makan. Ikutkan hati ak yg mmg jahat ni, aku mandi2 dlu pastu basuh baju sidai semua, tiba2 dh hilang  kt Summit.Amacm best x?Tp kalau ak sorg mcm xbest plak. Ha jom kuar cari keje?!Amcam?
            
               Karang kejap lg ak g Singapore g tgk Ukiss.ala Ukiss ni pun lg sket je nk smpai Johor.Please2..Eh lari topik plak..
Okay2 kalau nk lari jgn bgtau org..Ha3 bia ak sidai baju lmbt2 sikit.Kul 11 baru aku siapkan.Rumah ni pun ak mls nk kemas.Aku memang tengah sakit hati dgn ko.Yah2....................................................................


            Eh2 panjang nyer post ni? Aish bila la nk amik lesen kete ni.Mcm xkan amik jer.Umur pun mcm panjang jer...
p/s: Hope dpt buat degree la.Please2.kalu xak bunuh.......................................................................................................................................................................ikan keli tepi sawah..hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kura - kura dlm perahu, hati menangis sapa yg tahu..
      

Friday, November 12, 2010

Coca Cola Minuman Kegemaran Choi Siwon banyak kelebihannya..Hahahaha!!

LayarMinda on Thursday, November 11, 2010 at 10:01am

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa  
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

credit FACEBOOK source

Lagi Senior Kahwin..

       Musim cuti sekolah dh nk bermula.Belum pape lg dh ad org nk kahwin.My senior '88 nk kawen.Fewit umur baru 22thn nk kawen.I'm so jelous okay.Why?Sbb ak dh ad sijil pra-perkahwinan..Xkan nk biarkan ia menjadi sia - sia tanpa berkahwin..Okay that's it.Aku nk kawen gak..Ha3
With my besties..Miss her damn much.Yeeha

Thursday, November 11, 2010

Tiap - tiap sem pun tutup pagar.

Dah nk habis semester 6 rupanya.
                          Paper sem ni sumer SUSAH cm aper je.Bengang btul ak.Yela kalau nk di bandingkan dgn paper2 past sem mmg "Jauh panggang dari api" faham?Maksudnyer past year question xd yg berkaitan secara tidak langsung.Benci giler ak.Dh la susah.Carry mark plak sikit.Ad la yg ak xtau brape.Tp yg paling CUAK adalah paper RECORD MANAGEMENT yg dorg kte 2 kelas ad repeat.Tolong lah ak nk grad on time!!Tidak!

                        Berbalik kepada cerita tutup pagar ni.Ak baru perasan, selalunyer mmg ak akn balik lewat that means tutup pagar.Macam sem 2 ak kne ttp pagar sbb tunggu Tin2 habis paper die.Well ak la yg last kne buat clearence.Well orang hebat la katakan..Walaupun kalau Tin2 part 6 last sem balik awal.tp this sem hella yeah ak ttp pagar.Sempat la jmpe org2 kt Pasar Malam melambai2..


                Bye3 UiTM Segamat.Really don't want to see u again next semester kecuali buat clearence.Please2 dont burden my with other things.And other thing: TOLONG AK NK SMBG DEGREE ON HUMAN RESOURCE...Thank you..

p/s: Oh cuak2 tolonglah grad 3pointer.Kalu this sem dpt 3pointer dpt grad 3pointer gak...Kekalkan.Wa3 xnak repeat..(every sem doakan benda yg sama) Well dengar kata this sem format baru.Cm ape jer soalan.MAtilah org yg buat soalan tu.he3

Penjagaan Gigi Tampalan (eh2 mcm kimpalan plak)

ANTARA perkara lazim yang dilakukan oleh pakar gigi untuk mengelakkan gigi daripada terus diserang karies ialah membuat tampalan pada gigi tersebut.
Tampalan dapat melindungi bahkan menyelamatkan gigi daripada dibuang. Selalunya jangka hayat tampalan ditentukan oleh jenis tampalan dan bahan yang digunakan.
Menurut pensyarah Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Masfueh Razali, bahan tampalan ada yang sama warna dengan gigi dan sebaliknya.
“Tampalan yang mempunyai warna seakan gigi adalah menggunakan komposit yang kandungan utamanya ialah methyl methacrylate dan silika,” katanya.
Bagaimanapun, jelas Masfueh, komposit tersebut hanya sesuai digunakan bagi tampalan gigi hadapan.
“Amat jarang ia digunakan bagi tampalan gigi belakang kerana ia tidak begitu kuat untuk menampung daya kunyahan dan otot muka,” ujarnya.
Bahan komposit lazim digunakan oleh pakar gigi kerana hasilnya pesakit tidak dapat membezakan antara tampalan dengan gigi yang asli.
Selain itu, komposit tersebut melekap pada gigi secara mekanikal dan sesetengahnya secara kimia.
Namun, komposit tersebut tidak sesuai untuk lubang gigi yang besar kerana ia akan mengecut ketika proses pengerasan.
Ini mendedahkan gigi tersebut kepada bakteria di dalam mulut sekali gus menambah risiko berlakunya karies gigi atau gigi menjadi lebih sensitif.
Bukan itu sahaja, tampalan ini turut berubah warna selepas beberapa waktu dan pelunturan warna tersebut boleh dilihat dengan jelas di pinggiran tampalan.
“Tetapi dengan penjagaan gigi yang sempurna di samping menjauhi kafein, teh dan kari, ia mampu bertahan selama lima tahun,” beritahunya sambil menjelaskan, purata gantian semula tampalan tersebut adalah dua tahun jika terdapat masalah.
Masakan kari yang popular di serata dunia sememangnya sudah lama diketahui memberi kesan kepada warna gigi.
Komposit
Selain bahan komposit tersebut, pesakit juga boleh memilih simen ionomer kaca sebagai bahan tampalan.
Dikenali juga sebagai GIC, bahan tersebut amat berguna jika gigi berlubang itu terletak di bahagian akar atau leher gigi.
GIC akan mengeluarkan fluorida secara terus-menerus dalam jumlah yang sedikit bagi melindungi bahagian yang terjejas.
“Meskipun begitu, penghasilan fluorida tersebut tidak akan mengganggu sistem tubuh. Ia juga melekat pada permukaan gigi secara kimia dan tidak mudah tertanggal,” kata Masfueh.
Tampalan tidak sewarna gigi yang paling biasa digunakan ialah amalgam, iaitu aloi dengan campuran utamanya ialah argentum, stanium, dan merkuri serta beberapa bahan lain.
Bahan ini amat kuat dan lazim digunakan bagi tampalan di bahagian gigi belakang kerana kadar risiko pecah yang sangat rendah.
Bagi penggunaan amalgam, risiko kebocoran merkuri daripada tampalan tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa.
Namun, beberapa kajian yang dijalankan mendapati merkuri di dalam amalgam tidak bocor sepanjang tampalan berada di dalam mulut.
“Jika ada, bilangannya amat kecil dan tidak menyebabkan penyakit lain seperti yang sering digembar-gemburkan.
“Malah, di Sweden dan Jepun, amalgam dilarang memandangkan rakyat negara itu sudah pun terdedah kepada merkuri iaitu daripada hasil laut yang mereka makan,” tegas Masfueh.
Justeru, katanya, semua tampalan yang biasa digunakan oleh pakar gigi di negara ini adalah selamat dan jika berlaku masalah, ia lebih kepada pesakit yang alah terhadap logam.
Dalam pada itu, untuk kawalan dan memanjangkan hayat sesuatu tampalan, pesakit harus menjaga kebersihan mulut seperti memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
“Berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan berkala akan memudahkan pakar mengenal pasti gigi yang berlubang dan mengelakkannya daripada menjadi semakin besar.
“Pengambilan gula harus dikawal kerana ia merupakan faktor utama berlakunya karies gigi,” ungkap Masfueh.

Copyright and credit :Kosmo Online
for my reference for future use
 

Template by BloggerCandy.com