Skip to main content

Penjagaan Gigi Tampalan (eh2 mcm kimpalan plak)

ANTARA perkara lazim yang dilakukan oleh pakar gigi untuk mengelakkan gigi daripada terus diserang karies ialah membuat tampalan pada gigi tersebut.
Tampalan dapat melindungi bahkan menyelamatkan gigi daripada dibuang. Selalunya jangka hayat tampalan ditentukan oleh jenis tampalan dan bahan yang digunakan.
Menurut pensyarah Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Masfueh Razali, bahan tampalan ada yang sama warna dengan gigi dan sebaliknya.
“Tampalan yang mempunyai warna seakan gigi adalah menggunakan komposit yang kandungan utamanya ialah methyl methacrylate dan silika,” katanya.
Bagaimanapun, jelas Masfueh, komposit tersebut hanya sesuai digunakan bagi tampalan gigi hadapan.
“Amat jarang ia digunakan bagi tampalan gigi belakang kerana ia tidak begitu kuat untuk menampung daya kunyahan dan otot muka,” ujarnya.
Bahan komposit lazim digunakan oleh pakar gigi kerana hasilnya pesakit tidak dapat membezakan antara tampalan dengan gigi yang asli.
Selain itu, komposit tersebut melekap pada gigi secara mekanikal dan sesetengahnya secara kimia.
Namun, komposit tersebut tidak sesuai untuk lubang gigi yang besar kerana ia akan mengecut ketika proses pengerasan.
Ini mendedahkan gigi tersebut kepada bakteria di dalam mulut sekali gus menambah risiko berlakunya karies gigi atau gigi menjadi lebih sensitif.
Bukan itu sahaja, tampalan ini turut berubah warna selepas beberapa waktu dan pelunturan warna tersebut boleh dilihat dengan jelas di pinggiran tampalan.
“Tetapi dengan penjagaan gigi yang sempurna di samping menjauhi kafein, teh dan kari, ia mampu bertahan selama lima tahun,” beritahunya sambil menjelaskan, purata gantian semula tampalan tersebut adalah dua tahun jika terdapat masalah.
Masakan kari yang popular di serata dunia sememangnya sudah lama diketahui memberi kesan kepada warna gigi.
Komposit
Selain bahan komposit tersebut, pesakit juga boleh memilih simen ionomer kaca sebagai bahan tampalan.
Dikenali juga sebagai GIC, bahan tersebut amat berguna jika gigi berlubang itu terletak di bahagian akar atau leher gigi.
GIC akan mengeluarkan fluorida secara terus-menerus dalam jumlah yang sedikit bagi melindungi bahagian yang terjejas.
“Meskipun begitu, penghasilan fluorida tersebut tidak akan mengganggu sistem tubuh. Ia juga melekat pada permukaan gigi secara kimia dan tidak mudah tertanggal,” kata Masfueh.
Tampalan tidak sewarna gigi yang paling biasa digunakan ialah amalgam, iaitu aloi dengan campuran utamanya ialah argentum, stanium, dan merkuri serta beberapa bahan lain.
Bahan ini amat kuat dan lazim digunakan bagi tampalan di bahagian gigi belakang kerana kadar risiko pecah yang sangat rendah.
Bagi penggunaan amalgam, risiko kebocoran merkuri daripada tampalan tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa.
Namun, beberapa kajian yang dijalankan mendapati merkuri di dalam amalgam tidak bocor sepanjang tampalan berada di dalam mulut.
“Jika ada, bilangannya amat kecil dan tidak menyebabkan penyakit lain seperti yang sering digembar-gemburkan.
“Malah, di Sweden dan Jepun, amalgam dilarang memandangkan rakyat negara itu sudah pun terdedah kepada merkuri iaitu daripada hasil laut yang mereka makan,” tegas Masfueh.
Justeru, katanya, semua tampalan yang biasa digunakan oleh pakar gigi di negara ini adalah selamat dan jika berlaku masalah, ia lebih kepada pesakit yang alah terhadap logam.
Dalam pada itu, untuk kawalan dan memanjangkan hayat sesuatu tampalan, pesakit harus menjaga kebersihan mulut seperti memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
“Berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan berkala akan memudahkan pakar mengenal pasti gigi yang berlubang dan mengelakkannya daripada menjadi semakin besar.
“Pengambilan gula harus dikawal kerana ia merupakan faktor utama berlakunya karies gigi,” ungkap Masfueh.

Copyright and credit :Kosmo Online
for my reference for future use

Comments

Popular posts from this blog

Sambil lepak2 dan study

       Actually tgh dkt rmh along.Along aku xd keluar since pagi. Aku? Kan memang sejenis yang tak rajin. Tambah pula ak ada exam bar cert ak rabu 25hb ni. Aduh ak semua air dh settle kecuali osmanthus je. Air tu xkeluar pn lagi. Harap jangan la dorg tanya aku nanti. Sebab xfair la kan? Owh ak tinggal nk tgk sal machine apa calibrate apa semua je. Yang lain InsyaAllaha aku dah power. Aku taip pakaia cjrome book ea. Payah nk mampus sbb kweyboard die lain la dari yg biasa dan kt kdai punya.      Hurm apa yang terbaru pasal aku? Ritu dah la nk resign kena reject so ini aku nk buat bar cert leklok pastu along nyer public mutual pn aku nk buat sungguh2. Banyak duit nanti boleh la aku bayar hutang ak.      Cinta sis? Hurm I had enough already. Gonna pray that not one will able to enter my heart anymore. Aku nk play cool je. Xnak suka manusia dah. Manusia yg tak de hubungan dengan aku. Xmau lagi..enough is enough. Hehehehehehe..aku pn dh xnk su...

Sambil² tunggu grab murah

 Eh hello..long time no see!ak pn dh keje dkt shah alam. Tp ad rasa2 nk resign. Gaji double pay 3hari pn sikit je. Ni ak tgh buat apa? Bru hbs cuti 6hari sbb ak xblk raya lg. Tp blk pn xraya sbb mak ak sakit 6 out of 6 days ak kt rmh. Maka akulah tukang urut semua. Ak kt tbs tgh tggu grab jd murah blk. Ak xd seminggu cm2 hal blaku. Geram ek. Kla nanti ak list down..bye